© 2025 All rights reserved. DOPSB

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • SAJI Miles For Smiles
      Fun Run & Walk
      New
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • SAJI
    • ADELA
    • SERI PELANGI
    • TIGA UDANG
    • PREMEO
    • ALLEGRO
Avatar
DOPSB
Thursday, 27 July 2023 / Published in Events

SAJI Diiktiraf Jenama Terunggul Teratas dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada Tahun 2022

SAJI, jenama produk makanan tempatan keluaran FGV Holdings Berhad (FGV), telah dinobatkan sebagai ‘Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada tahun 2022’ (Top Outstanding Brand with the Most Incremental Shoppers in 2022) oleh KANTAR,sebuah syarikat data pengguna, cerapan dan perunding terkemuka di dunia.

Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan untuk SAJI bagi peningkatan tahunan bilangan pembeli di Malaysia sebanyak 5.4%, bagi tahun 2022. Kejayaan ini merupakan kejayaan kedua untuk SAJI setelah dinobatkan sebagai ‘Jenama Terpantas Berkembang Dekad Ini’ (Fastest Growing Brand of the Decade)pada tahun lalu, bagi perkembangan sebanyak 177% dalam indeks Titip Capaian Pengguna (CRP) antara tahun 2012 dengan jumlah 8.9 juta hingga tahun 2021 dengan jumlah 24.7 juta.

 

Dari kiri : Daniel Lee, Pengarah Pembangunan Perniagaan Bahagian Worldpanel, Kantar Malaysia, Howard Chang, Pengarah Urusan Malaysia dan Thailand, Worldpanel, Kantar, Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Zulkifli Othman, Ketua Bahagian Hiliran FGV, Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn. Bhd.

 

Anugerah-anugerah ini membuktikan kemajuan berterusan jenama SAJI, peningkatan dalam penerimaan pengguna serta perluasan pasaran produknya. Sejak tahun 2000, SAJI telah menjadi pemain utama pasaran tempatan dengan mempelbagaikan jenis produk syarikat daripada minyak masak ke produk makanan lain seperti krimer, mi segera, sos masakan, santan dan lain-lain. Usaha initelah menyumbang kepada penerimaan meluas pengguna dan kejayaan SAJI di pasaran.

Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Penerimaan anugerah berprestij ini dan pertumbuhan berterusan SAJI membuktikan komitmen Kumpulan FGV untuk menjadi syarikat makanan Malaysia terkemuka dengan visi kami untuk memperkenalkan produk makanan dan tani yang lestari ke serata dunia. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembeli setia produk kami kerana menjadikan SAJI sebagai jenama pilihan mereka sekaligus memacu kami ke hadapan dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami. Dengan sokongan para pembeli di belakang kami, kami bersemangat untuk maju ke hadapan dan memberi impak positif dalam industri makanan negara.”

FGV berhasrat untuk mencapai matlamat syarikat bagi memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus barang masakan di dapur-dapur Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai produk keluaran FGV, menjelang tahun 2030.

“Kejayaan SAJI adalah berkat sokongan pembeli setia kami. Sebagai tanda berterima kasih, FGV akan melancarkan kempen ‘SAJI Terima Kasih Malaysia’ sebagai penghargaan kami kepada pembeli yang setia menyokong kami selama ini. Kempen ini bertujuan untuk mengukuhkan kenangan dan emosi yang dibawa jenama SAJI kepada pembeli setia bagi memupuk hubungan berkekalan,” kata Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Kempen ‘SAJI Terima Kasih Malaysia’ ini akan dilancarkan pada bulan Ogos 2023 bersempena musim Bulan Kebangsaan yang akan membawakan pelbagai tawaran menarik seperti promosi istimewa, diskaun produk, hadiah istimewa, tawaran eksklusif serta video-video menarik di media sosial.

Sebagai syarikat makanan dan perniagaan agri terulung Malaysia, FGV komited untuk memenuhi permintaan pasaran yang meningkat bagi produk berkualiti dan berkhasiat pada harga berpatutan melalui jenama barangan pengguna seperti SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 dan BRIGHT COW. FGV selaku salah satu pengeluar produk makanan utama Malaysia terus memainkan peranan penting dalam menyokong agenda sekuriti makanan negara dengan membawa produk berkualiti dan berkhasiat pada harga yang berpatutan kepada semua rakyat Malaysia.

Tagged under: saji

Latest Events

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

    Pada 3 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsungny...
  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

    Pada 17/3/2024, telah berlangsungnya Majlis Pel...
  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

    Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – Minyak Sawit Mampan ...
  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

    Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah melan...
  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • SAJI
  • ADELA
  • SERI PELANGI
  • TIGA UDANG
  • PREMEO
  • ALLEGRO

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2024 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP
SERTAI SEKARANG