Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE) di Kg Kelanang, Banting, Selangor yang dirasmikan oleh Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor.
Melalui inisiatif SAJI Seikhlas Hati ini, seramai 100 orang ahli my Komuniti Perikanan (myKP) telah menerima sumbangan berupa produk barangan SAJI seperti Minyak Masak SAJI, Santan SAJI, Krimer Pekat SAJI, Garam Gunung SAJI dan Marjerin SERI PELANGI. Selain itu, projek yang diketuai oleh “The Kindness Crew” (mahasiswa mahasiswi MBA UKM-GSB) ini, telah menyumbang dan menyediakan fasiliti mesin ais batu yang mana dapat meningkatkan kualiti hasil tangkapan ikan nelayan sekali gus membantu golongan ini menjana pendapatan.