© 2026 All rights reserved. DOPSB

Rebut peluang ini dan sertai sekarang sebelum tempoh promosi tamat!

00
00
00
00
SERTAI SEKARANG

Soalan Lazim

1.1. Peraduan ini dianjurkan oleh Delima Oil Products Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
1.2. Peraduan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
dan ke atas pada tarikh permulaan peraduan serta mempunyai Kad Pengenalan
(MyKad) yang sah.

2.1. Peraduan bermula dari 14 Februari 2026 hingga 24 April 2026 (“Tempoh
Peraduan”).
2.2. Jadual Mingguan bagi pemilihan pemenang Saguhati Mingguan adalah seperti
berikut:
● Minggu 1: 14 Feb 2026 – 20 Feb 2026
● Minggu 2: 21 Feb 2026 – 27 Feb 2026
● Minggu 3: 28 Feb 2026 – 6 Mac 2026
● Minggu 4: 7 Mac 2026 – 13 Mac 2026
● Minggu 5: 14 Mac 2026 – 20 Mac 2026
● Minggu 6: 21 Mac 2026 – 27 Mac 2026
● Minggu 7: 28 Mac 2026 – 3 Apr 2026
● Minggu 8: 4 Apr 2026 – 10 Apr 2026
● Minggu 9: 11 Apr 2026 – 17 Apr 2026
● Minggu 10: 18 Apr 2026 – 24 Apr 2026

Peserta dikehendaki mengikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan
penyertaan yang sah:

Langkah 1:

BELI Beli mana-mana produk yang mengambil bahagian (SAJI, SERI
PELANGI, PREMEO, ADELA, atau GULA PRAI) bernilai minimum RM25.00 dalam
satu resit. Sila simpan resit asal sebagai bukti pembelian.

Langkah 2:

GAMBAR & IMBAS Ambil gambar resit asal dengan jelas (pastikan nama
kedai, tarikh, item pembelian, dan jumlah harga tertera dengan terang).

Langkah 3:

HANTAR Imbas Kod QR atau hantar gambar resit melalui WhatsApp ke
talian 019-472 8671 berserta butiran peribadi berikut:
1. Nama Penuh (seperti dalam MyKad)
2. Nombor Kad Pengenalan (No. IC)
3. Nombor Telefon
4. Alamat E-mel
5. Nama Akaun Media Sosial (Sila nyatakan jenis platform, cth: FB/IG/TT)

Langkah 4:

IKUTI & KOMEN (Syarat Wajib Media Sosial) Bagi melengkapkan
penyertaan dan meningkatkan peluang kemenangan:
1. Peserta MESTI mengikuti (‘Follow’) akaun rasmi media sosial SAJI di
Facebook, Instagram (@sajiofficialmalaysia), atau TikTok (@sajiofficial).
2. Cari mana-mana hantaran (‘Posting’) berkaitan peraduan ini di laman sosial
tersebut.
3. Tinggalkan komen yang mengandungi perkataan “MENYALA” di ruangan
komen hantaran berkenaan.

4.1. Kategori Peluang Menang Tertinggi (Lagi Banyak Beli, Lagi Besar Peluang!)
● Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. Setiap
nilai pembelian [RM 25] dalam satu resit sah akan dikira sebagai satu (1)
penyertaan. Semakin banyak penyertaan yang dikumpul di bawah satu
Nombor Kad Pengenalan, semakin tinggi peluang anda untuk memenangi
hadiah utama, kedua dan ketiga!
4.2. Pemenang Saguhati Mingguan (Kategori Cabutan Bertuah)
● Pemenang dipilih secara RAWAK (Lucky Draw) pada setiap penghujung
minggu peraduan.
● Sebanyak 20 pemenang akan dipilih pada setiap minggu (Jumlah keseluruhan:
200 pemenang sepanjang 10 minggu).

5.1. Hadiah Utama (x 2 Pemenang) Pemenang boleh memilih satu daripada pilihan
berikut (Bernilai sehingga RM10,000):
● Pilihan A (Muslim): Pakej Umrah.
● Pilihan B (Bukan Muslim): Pakej Percutian.
5.2. Hadiah Kedua (x 10 Pemenang)
● Wang Tunai bernilai RM1,500.
5.3. Hadiah Ketiga (x 10 Pemenang)
● Wang Tunai bernilai RM500.
5.4. Saguhati Mingguan (x 200 Pemenang)
● Baucar Shopee bernilai RM50.
5.5. Hak Penggantian Hadiah Penganjur (DOPSB) berhak untuk menukar atau
menggantikan mana-mana hadiah dengan item lain yang mempunyai nilai yang
setara tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Nota Penting Pembayaran Hadiah Tunai: Pembayaran Hadiah Kedua dan Ketiga
akan dilakukan melalui pindahan bank (Online Transfer) oleh agensi pelaksana yang
dilantik oleh Penganjur, iaitu Delima Oil Products Sdn. Bhd,. Pemenang akan diminta
memberikan nombor akaun bank yang sah atas nama pemenang sendiri bagi tujuan
pemprosesan.

6.1. Pemenang akan dihubungi menerusi WhatsApp atau panggilan telefon.
6.2. Senarai nama pemenang akan dipaparkan di akaun rasmi media sosial SAJI
Malaysia (Facebook & Instagram: @sajiofficialmalaysia).
6.3. Pemenang Hadiah Utama, Kedua, dan Ketiga dikehendaki mengemukakan resit
asal dan salinan MyKad bagi tujuan pengesahan sebelum hadiah diserahkan.
6.4. Kegagalan mengemukakan resit asal apabila diminta akan mengakibatkan
pembatalan kemenangan.
6.5. Hadiah hendaklah ditebus selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas tarikh akhir
kempen peraduan.

7.1. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju membenarkan Penganjur dan
agensi lantikannya (termasuk Delima Oil Products Sdn. Bhd) memproses data
peribadi (Nama, No. Telefon, IC, E-mel) untuk tujuan peraduan ini selaras dengan
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
7.2. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar pemenang untuk tujuan
publisiti dan pemasaran tanpa sebarang bayaran tambahan.
7.3. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak
akan dilayan.

TERMA & SYARAT

SERTAI SEKARANG

SAJIMalaysiaOfficial

TOP