© 2025 All rights reserved. DOPSB

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • SAJI
    • ADELA
    • SERI PELANGI
    • TIGA UDANG
    • PREMEO
    • ALLEGRO
Avatar
DOPSB
Wednesday, 22 February 2023 / Published in Events

“SAJI Seikhlas Hati” Tingkat Kemahiran Keusahawanan Asnaf di Kedah

LANGKAWI, 9 Februari – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) hari ini melancarkan Program Pembangunan Usahawan Asnaf dengan kerjasama Institut Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Kolej Komuniti Langkawi yang merupakan sebahagian daripada kempen SAJI Seikhlas Hati. Ini merupakan projek perintis bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) perdana DOPSB.

Dari kiri: Zulkifli Othman, Ketua Bahagian Hiliran, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, FGV Holdings Bhd, Haslinda Abd Hamid, Pengarah Langkawi Tourism Academy, Kolej Komuniti Langkawi, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Berhad, Dato’ Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan diikuti Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Majlis pelancaran di Langkawi, Kedah ini menandakan bermulanya kempen SAJI Seikhlas Hati yang bertujuan membantu usahawan Asnaf membangunkan perniagaan mereka dengan sokongan dari segi ilmu pengetahuan, latihan kemahiran dan pendedahan yang diperlukan. 10 usahawan Asnaf terpilih di Kedah merupakan kumpulan pertama peserta program, menerima ‘booster’ kit bernilai RM5,000 terdiri daripada peralatan memasak, membakar kek dan roti serta bahan mentah untuk membantu mereka memulakan perniagaan.

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Berhad berkata, “SAJI Seikhlas Hati adalah satu inisiatif murni syarikat dalam melaksanakan bantuan sosial yang menyeluruh dan meluas kepada kumpulan sasar, iaitu golongan yang memerlukan. Program ini akan menyediakan bantuan dan perkhidmatan sokongan, termasuk bantuan makanan bulanan, khidmat latihan kemahiran, program ziarah dan bantuan, dan tidak lupa inisiatif kebajikan.

“SAJI Seikhlas Hati adalah usaha berterusan syarikat untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah, sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui program keusahawanan. Dengan ini, FGV komited untuk memastikan peserta program menerima manfaat jangka panjang dan mampan daripada inisiatif ini, serta akan menjadi situasi menang-menang untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat.” tambah Dato’ Dzulkifli.

Penyerahan cenderahati kepada usahawan asnaf oleh YBhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi, FGV Holdings Bhd

 

Selain bantuan kewangan, penerima juga akan menerima pelbagai produk jenama SAJI keluaran DOPSB seperti minyak masak, santan, krimer dan marjerin SERI PELANGI selain peruntukan RM250,000 untuk program latihan dan kursus yang dikhususkan untuk usahawan Asnaf.

 

FGV tekad untuk membuat perubahan yang besar dan bermakna dalam membantu rakyat Malaysia yang layak melalui inisiatif SAJI Seikhlas Hati, dengan memperuntukkan lebih RM3,000,000 untuk keseluruhan program di pelbagai lokasi di seluruh negara. FGV menyasarkan untuk memperluaskan program ini ke tujuh negeri lain seperti Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur dengan jangkaan 100 peserta.

Sebahagian daripada kempen SAJI Seikhlas Hati, FGV juga telah merangka beberapa inisiatif lain sepanjang tahun termasuk pengedaran minyak masak percuma kepada golongan sasar dan program pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan akan datang bersama komuniti dan anak-anak yatim.

TAMAT
Foto sekitar Majlis Pelancaran Pembangunan Usahawan Asnaf di LTA, Kolej Komuniti Langkawi

Tagged under: asnaf, Institut Zakat Negeri Kedah, keushawanan, Kolej Komuniti Langkawi, saji, SAJI Seikhlas Hati

Latest Events

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

    Pada 17/3/2024, telah berlangsungnya Majlis Pel...
  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

    Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – Minyak Sawit Mampan ...
  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

    Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah melan...
  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...
  • SAJI Diiktiraf Jenama Terunggul Teratas dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada Tahun 2022

    SAJI, jenama produk makanan tempatan keluaran F...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • SAJI
  • ADELA
  • SERI PELANGI
  • TIGA UDANG
  • PREMEO
  • ALLEGRO

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2024 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP