Alhamdulillah, kami di SAJI amat berbesar hati dan berbangga atas kejayaan kempen “SAJI Terima Kasih Malaysia – Rentak Dan Sajian” yang telah dinobatkan sebagai pemenang PINGAT EMAS bagi kategori Most Innovative Integrated Marketing Campaign di MARKETECH APAC Next Awards Malaysia 2026! Anugerah ini mengiktiraf kempen pemasaran yang berjaya menggabungkan pelbagai saluran komunikasi dan strategi secara bersepadu bagi mewujudkan pengalaman jenama yang konsisten, lancar dan bermakna kepada pengguna.
Menerusi kempen ini, SAJI telah menyampaikan mesej penghargaan kepada rakyat Malaysia melalui pendekatan pemasaran bersepadu yang menyatukan penceritaan, komunikasi dan penglibatan pengguna. Pengiktirafan ini mencerminkan usaha kami dalam membina hubungan yang lebih erat dengan pengguna serta menjadikan SAJI sebahagian daripada cerita dan sajian di setiap dapur Malaysia.
Kejayaan ini pastinya lebih bermakna dengan sokongan dan kepercayaan yang tidak ternilai daripada anda semua, pengguna setia SAJI. Terima kasih kerana terus memilih produk SAJI, menyokong kempen-kempen kami dan bersama-sama menjadikan setiap usaha kami lebih bermakna. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak mungkin dapat kami kecapi tanpa anda!
Pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus memberikan yang terbaik, menghasilkan produk berkualiti serta mencipta kempen yang lebih kreatif dan dekat di hati rakyat Malaysia. Nantikan pelbagai lagi produk dan kempen menarik daripada SAJI kerana perjalanan kita masih panjang, dan kami teruja untuk terus berkongsi lebih banyak momen indah bersama anda!
Terima kasih Malaysia, kejayaan ini milik kita bersama! Daripada kami di SAJI, kami akan terus menjadi teman kulinari anda, hari ini dan selamanya!
#SAJITerimaKasihMalaysia
#SAJITemanKulinariAnda
#ProdukKeluaranFGV
#



