© 2025 All rights reserved. DOPSB

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • SAJI Miles For Smiles
      Fun Run & Walk
      New
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • SAJI
    • ADELA
    • SERI PELANGI
    • TIGA UDANG
    • PREMEO
    • ALLEGRO
Avatar
DOPSB
Friday, 08 March 2024 / Published in Events

Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah melancarkan produk baharu dan kempen SAJI Ramadan Raya 2024 pada Jumaat, 8 Mac 2024 bertempat di Lobi Wisma FGV, Kuala Lumpur. Jenama SAJI telah menunjukkan pencapaian membanggakan dan menjadi jenama No.1 Malaysia dalam kategori minyak masak. Setelah mencecah 24 tahun sejak permulaannya, jenama SAJI telah berkembang daripada hanya minyak masak berasaskan sawit kepada pelbagai kategori makanan seperti krimer, santan, mi segera, sos, kordial dan garam. Berlandaskan permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk rangkaian produk SAJI, produk baharu telah dilancarkan bagi memenuhi keperluan dapur rakyat Malaysia iaitu SAJI Ketupat Mini dan SAJI Sup Bunjut.

Sesuai dengan musim perayaan yang bakal tiba, SAJI Ketupat Mini sudah semestinya menjadi antara produk yang diperlukan sebagai hidangan istimewa dengan tekstur produk yang padat dan lembut, tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan. Manakala SAJI Sup Bunjut terdapat 3 variasi iaitu, Sup Bunjut, Sup Bunjut Ayam dan Sup Bunjut Tulang. Istimewanya SAJI Sup Bunjut ianya mempunyai 2 bunjut di dalam setiap pek, untuk rasa yang luar biasa dan tekstur sup yang lebih pekat.

Untuk menjadi antara jenama terunggul yang mampu bersaing dengan jenama-jenama terkenal antarabangsa, SAJI telah mengambil langkah proaktif dengan menyeragamkan rupa bagi kesemua rangkaian produk dan sekaligus menghasilkan identiti SAJI yang dapat membina pengiktirafan jenama di kalangan pengguna. Antara produk berwajah baharu adalah kategori krimer, santan dan minyak masak SAJI. Selain warna, label-label wajah baharu ini akan lebih menitikberatkan keistimewaan ciri-ciri utama setiap produk.

Setiap tahun SAJI akan mengadakan kempen Ramadan Raya, begitu juga pada tahun 2024, Peraduan RAIKAN KEMERIAHAN SAJI telah berlangsung bermula 10 Mac sehingga 10 Mei 2024 dengan menawarkan hadiah menarik sehingga RM50,000. Sertai dengan hanya 3 langkah mudah, beli produk SAJI atau SERI PELANGI (bernilai RM20 ke atas), hantar penyertaan dengan imbas kod QR dan muat naik bukti pembelian dan berpeluang untuk menang hadiah wang tunai dan pin tambah nilai Touch ‘N Go.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di sepanjang majlis pelancaran berlangsung termasuklah pengedaran Ketupat Mini Soto sebanyak 600pcs secara percuma kepada warga FGV, cabaran menganyam ketupat, sampling Ketupat Mini SAJI dengan kuah kacang, bubur pulut hitam menggunakan santan kelapa SAJI dan teh tarik SAJI.

Tagged under: Kempen SAJI Ramadan Raya 2024, saji

Latest Events

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

    Pada 3 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsungny...
  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

    Pada 17/3/2024, telah berlangsungnya Majlis Pel...
  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

    Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – Minyak Sawit Mampan ...
  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...
  • SAJI Diiktiraf Jenama Terunggul Teratas dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada Tahun 2022

    SAJI, jenama produk makanan tempatan keluaran F...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • SAJI
  • ADELA
  • SERI PELANGI
  • TIGA UDANG
  • PREMEO
  • ALLEGRO

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2024 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP
SERTAI SEKARANG