Dalam semangat inisiatif Kasih Ramadan di bulan yang mulia ini, pihak KPJ Healthcare Berhad dan SAJI Seikhlas Hati amat berbesar hati untuk berkongsi rezeki sebanyak 60,000 ‘bubur lambuk’ yang telah dijalankan secara serentak di seluruh negara pada 6 April 2023 yang lalu, melalui rangkaian bersepadu 29 Hospital Pakar KPJ. Penghasilan bubur lambuk ini istimewa dengan menggunakan bahan dan produk-produk jenama SAJI seperti Minyak Masak SAJI, Beras Aroma SAJI dan Santan Kelapa SAJI. Pemberian bubur lambuk ini telah diedarkan kepada BERNAMA, Institut Jantung Negara (IJN), Tabung Haji, Pusat Darah Negara, Perpustakaan Negara, Malaysia Society Quality Health (MSQH), Klinik Kesihatan KL, Perkeso dan beberapa pejabat di kawasan sekitarnya.
Pada 8 April 2023 pula, KPJ Healthcare Berhad dan SAJI Seikhlas Hati telah sekali lagi menyumbang sebanyak 15,000 pek bubur lambuk dan diagihkan kepada penduduk, antaranya di sekitar Bandar Tun Razak, Seri Serdang Lembah Pantai dan Titiwangsa, terutama kepada individu dalam kategori B40. Selain itu,seramai 700 penerima Asnaf juga turut diraikan dengan pemberian duit raya berserta produk-produk SAJI pada Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri dengan harapan dapat membantu sedikit sebanyak dalam penyediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.