© 2025 All rights reserved. DOPSB

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • SAJI Miles For Smiles
      Fun Run & Walk
      New
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • SAJI
    • ADELA
    • SERI PELANGI
    • TIGA UDANG
    • PREMEO
    • ALLEGRO
Avatar
DOPSB
Wednesday, 22 August 2018 / Published in Events

FGV Lancar Program Konservasi Beruang Matahari

 FGV Holdings Berhad (FGV) telah melancarkan Program Konservasi Beruang Matahari yang merangkumi penubuhan Kumpulan Tindakan Komuniti Beruang Matahari (Community Action Group – CAG) pertama di Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik dalam melaksanakan program ini, FGV juga menerbitkan garis panduan untuk CAG yang bertajuk Garis Panduan Pelaksanaan Komuniti Sahabat Beruang Matahari dan Pengurusan Beruang Matahari di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, yang merupakan yang pertama di Asia Tenggara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata FGV berbangga kerana menerajui program konservasi komprehensif pertama di Malaysia yang memberi tumpuan kepada pengurusan, penyelidikan dan mewujudkan kesedaran tentang beruang matahari.

“Program ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama antara FGV dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Usaha konservasi ini dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat mengenai kepentingan hidupan liar adalah selaras dengan komitmen Kumpulan FGV untuk menjadi sebuah syarikat perladangan bersepadu yang mampan.
“FGV juga berazam untuk menjadikan ladang kami sebagai “Kawasan Hidupan Liar Terurus” kerana berdekatan dengan hutan semula jadi,” katanya.

Pada majlis itu, FGV melancarkan sebuah buku mengenai kelestarian yang bertajuk “Kelestarian Alam Sekitar”, hasil kerjasama antara FGV dan UKM, yang juga mengandungi bab tentang beruang matahari.

Di bawah Program Konservasi Beruang Matahari, lima komuniti CAG Beruang Matahari telah ditubuhkan di kawasan yang dikenalpasti mempunyai kebarangkalian besar konflik hidupan liar dengan manusia iaitu di Kuala Lipis (Pahang), Kuala Terengganu (Terengganu), Sahabat (Sabah), Gerik (Perak) dan Mersing (Johor) yang melibatkan 151 ahli.
Ahli CAG telah dilatih mengenai aspek teknikal, perancangan dan promosi konservasi beruang matahari di kawasan masing-masing. Ini akan menyumbang kepada matlamat FGV untuk mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai isu-isu biodiversiti dan konflik hidupan liar dengan manusia.

FGV turut terlibat dalam menyediakan sangkar konservasi beruang matahari di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) sejak 2016 dan setakat ini berjaya menyelamatkan 36 beruang matahari dengan 25 daripadanya telah berjaya dilepaskan ke habitat asal mereka selepas proses pemulihan.
“Ini adalah rekod tertinggi di dunia bagi pelepasan beruang matahari ke habitat semulajadi. Tahun ini sahaja, tujuh beruang matahari dibebaskan,”. C

Latest Events

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

    Pada 3 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsungny...
  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

    Pada 17/3/2024, telah berlangsungnya Majlis Pel...
  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

    Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – Minyak Sawit Mampan ...
  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

    Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah melan...
  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • SAJI
  • ADELA
  • SERI PELANGI
  • TIGA UDANG
  • PREMEO
  • ALLEGRO

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2024 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP
SERTAI SEKARANG