© 2025 All rights reserved. DOPSB

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • SAJI Miles For Smiles
      Fun Run & Walk
      New
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • SAJI
    • ADELA
    • SERI PELANGI
    • TIGA UDANG
    • PREMEO
    • ALLEGRO
Avatar
DOPSB
Wednesday, 22 August 2018 / Published in Events

FGV Academy Lawat Chin Hin Academy

FGV Academy dengan kerjasama Group Organizational Learning & Development (GOLD) telah mengadakan lawatan kerja ke Chin Hin Academy pada 6 Jun yang lalu. Tujuan utama lawatan kerja ini dibuat adalah bagi melihat bagaimana Chin Hin Academy dikendalikan selain bertukar-tukar pendapat dan ilmu terutama dalam sektor pembelajaran dan pembangunan sumber manusia.

Chin Hin Academy adalah anak syarikat di bawah Kumpulan Chin Hin Berhad, sebuah syarikat konglomerat pembinaan yang tersenarai di dalam BURSA Malaysia.

Ditubuhkan pada September 2016, Chin Hin Academy terletak di Jalan Kuchai Lama, KL dan dipimpin oleh Encik Sunny Law sebagai Pengetua. Bervisikan Building Tomorrow’s Leaders Today, Chin Hin Academy komited dalam memupuk pekerja mereka dan generasi muda terutama para pelajar bagi melahirkan pemimpin yang bersemangat dan membolehkan transformasi dan kemampanan kepada industri bahan binaan iaitu perniagaan utama mereka.

Lawatan yang dijadualkan oleh Chin Hin Academy adalah di Metex Steel Sdn Bhd, sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Chin Hin Berhad yang terletak di Nilai. Metex Steel Sdn Bhd memfokuskan pada teknologi pembuatan keluli untuk tujuan industri pembinaan.

Lawatan bermula dengan ucapan kata aluan oleh Pengurus Kanan Kilang iaitu Encik Chow Chat Mun dan seterusnya ke dalam kilang bagi melihat kaedah pembuatan keluli untuk industri pembinaan. Di kesempatan ini juga, pelbagai isu terutama berkenaan pembangunan modal insan dibincangkan. Cabarancabaran serta kaedah yang mungkin bersesuaian untuk mengatasi masalah dalam isu pembelajaran dan pembangunan sumber manusia turut dikongsikan bersama.

Pendedahan yang diberikan sepanjang lawatan ini dilihat dapat membuka minda para peserta yang terlibat selain menambah pengetahuan baru di luar bidang kebiasaan Kumpulan FGV di samping membuka peluang baru untuk bekerjasama dengan institusi luar.C

Latest Events

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

    Pada 3 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsungny...
  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

    Pada 17/3/2024, telah berlangsungnya Majlis Pel...
  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

    Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – Minyak Sawit Mampan ...
  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

    Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah melan...
  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • SAJI
  • ADELA
  • SERI PELANGI
  • TIGA UDANG
  • PREMEO
  • ALLEGRO

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2024 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP
SERTAI SEKARANG