© 2025 All rights reserved. DOPSB

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • SAJI Miles For Smiles
      Fun Run & Walk
      New
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • SAJI
    • ADELA
    • SERI PELANGI
    • TIGA UDANG
    • PREMEO
    • ALLEGRO
Avatar
DOPSB
Friday, 20 September 2019 / Published in Events

Delima Oil Products dan DKSH Menandatangani Perjanjian Pengedaran untuk Menembusi Industri Perkhidmatan Makanan.

Kerjasama untuk memenuhi permintaan tinggi dalam sektor HoReCa yang berkembang pesat.

KUALA LUMPUR, 17 September 2019 – FGV Holdings Berhad memperluaskan pengaruh pasarannya dalam sektor hiliran. Anak syarikat milik penuhnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOP), telah menandatangani perjanjian pengedaran dengan DKSH (Malaysia) Sendirian Berhad (DKSH) untuk memperluaskan pengedaran produk hiliran FGV ke dalam sektor Hotel/Restoran/Kafe (HoReCa).

DOP yang berpangkalan di Malaysia merupakan pemain dalam sektor Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) mengeluarkan jenama terkemuka seperti SAJI, SERI PELANGI, dan ADELA, manakala DKSH adalah penyedia Perkhidmatan Pengembangan Pasaran (MES) terkemuka untuk FMCG di Asia.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berkata perjanjian itu termasuk pengedaran produk-produk DOP, termasuk minyak masak dan krimer SAJI, marjerin ADELA, lelemak, dan lemak doh, yang meliputi industri perkhidmatan makanan di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata kerjasama itu adalah sebahagian daripada rancangan strategik Kumpulan untuk mengembangkan perniagaan hilirannya dengan menembusi pasaran perkhidmatan makanan yang belum pernah diterokai sebelum ini.

“Terdapat permintaan yang besar untuk bahan-bahan Halal dan berkualiti tinggi dalam sektor HoReCa. Kami berharap dapat memanfaatkan permintaan sektor ini kerana pengendali perkhidmatan makanan adalah pelanggan yang menarik kerana mereka memesan dalam kuantiti yang besar secara berulang.

“DKSH mempunyai rangkaian pengedaran luas dan cekap yang dapat membina dan meletakkan kedudukan DOP sebagai pemain dominan bagi minyak dan lemak boleh dimakan untuk pasaran domestik, dan seterusnya pasaran antarabangsa,” kata Haris Fadzilah.

Patrick Stillhart, Naib Presiden FMCG, Asia Tenggara, DKSH berkata, “Setelah menubuhkan cawangan kami yang pertama di Malaysia pada tahun 1923 di Pulau Pinang, DKSH mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam tempoh lebih daripada 95 tahun menyediakan Perkhidmatan Pengembangan Pasaran (MES) kepada rakan perniagaan kami di sini. Selama bertahun-tahun, kami telah membina rangkaian pengedaran luas di seluruh negara, berdasarkan hubungan pelanggan yang kukuh, dan memperolehi tinjauan pasaran yang berharga untuk industri ini. Kami berbangga bergandingan dengan DOP, yang menghasilkan jenama isi rumah terkenal di Malaysia, untuk memastikan produk mereka tersedia untuk lebih ramai rakyat Malaysia.”

DOP menghasilkan jenama terkemuka dan jenama pemenang anugerah dalam sector FMCG seperti SAJI, SERI PELANGI, dan ADELA. Barisan perniagaan termasuk penapisan minyak sawit, pengilangan produk minyak sawit hiliran dan pengedaran produk industri dan pengguna di pasaran utama seperti ASEAN, Timur Tengah, Asia Barat, Eropah dan Afrika Barat.

DKSH adalah penyedia Perkhidmatan Pengembangan Pasaran (MES) terkemuka dengan tumpuan kepada Asia. Beribu pejabat di Zurich, Kumpulan membantu syarikat dan jenama lain untuk berkembang dalam sektor Barangan Pengguna, Penjagaan Kesihatan, Sektor Bahan Prestasi dan Teknologi dengan menawarkan portfolio perkhidmatan yang disesuaikan dari sumber dan pemasaran kepada pengedaran dan logistik serta perkhidmatan selepas jualan. Di Malaysia, DKSH adalah penyedia MES terkemuka, yang berkhidmat untuk rakan niaga selama 96 tahun.

Latest Events

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

    Pada 3 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsungny...
  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

    Pada 17/3/2024, telah berlangsungnya Majlis Pel...
  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

    Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – Minyak Sawit Mampan ...
  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

    Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah melan...
  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • SAJI
  • ADELA
  • SERI PELANGI
  • TIGA UDANG
  • PREMEO
  • ALLEGRO

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2024 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP
SERTAI SEKARANG