Jabatan Tenaga Kerja FGVPM telah menjemput Tuan Guru Haji Azhar Rosidi, penceramah khas dari pasentren Nurul Hikmah, Desa Langkor, Lombok, Indonesia untuk menyampaikan ceramah agama bertajuk “Kerja Sebagai Satu Ibadah” kepada pekerja-pekerja ladang yang beragama Islam yang rata-rata daripada mereka merupakan warga Indonesia. Ceramah tersebut telah diadakan di Masjid Ladang Tenggaroh Timur 02 dan disertai seramai 400 orang pekerja dari ladang-ladang sekitar Wilayah Mersing.