SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

FORGOT YOUR PASSWORD?

FORGOT YOUR DETAILS?

AAH, WAIT, I REMEMBER NOW!
© 2023 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • LOGIN
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • Terima Kasih Malaysia – Perajurit DapurNew
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • Saji
    • Adela
    • Seri Pelangi
    • Tiga Udang
    • Premeo
    • Others
Avatar
DOPSB
Wednesday, 22 August 2018 / Published in Events

Sambutan World OSH Day ke-5

Tarikh 28 April setiap tahun adalah ‘Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja’ atau lebih sinonim dengan World Occupational Safety and Health Day (WOD). Seperti sedia maklum, sambutan World OSH Day (WOD) telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan disambut seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Majlis sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja merupakan acara tahunan yang disambut pada tarikh 28 April setiap tahun di seluruh dunia bermula sejak tahun 2003 sebagaimana ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Majlis sambutan pada tahun ini adalah bertujuan bagi memperingati mangsa kemalangan industri dan penyakit pekerjaan di seluruh dunia. Banyak faktor boleh meningkatkan kelemahan pekerja muda terhadap risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja seperti perkembangan fizikal dan psikologi serta kurangnya pengalaman kerja dan latihan. Di samping itu kurangnya aspek kesedaran terhadap penganalisaan bahaya dan risiko (risk assessment) yang berkaitan dengan pekerjaan hingga membolehkan mereka mudah menerima tugas yang berbahaya tanpa memikirkan akibat jangka masa yang akan datang. Justeru dalam usaha untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pekerja muda, FGV turut serta bersama – sama menyambut World OSH Day (WOD) pada 25 April 2018 yang lepas bertemakan OSH Vulnerability of Young Workers.

Jabatan Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar dan Kualiti (HSEQ) telah merancang beberapa aktiviti untuk sambutan kali ini iaitu Peraduan FGV Safe 10 dan Pertandingan Who Wants to Be a HSE Millionaire?. FGV Safe 10 telah dilancarkan bersempena dengan sambutan FGV World OSH Day 2018 dan telah dirasmikan oleh Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

WOD telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak Tadika Semai Bakti yang bersama-sama menjayakan acara gimik perasmian menerusi persembahan kawad kaki oleh kanak-kanak Tadika Semai Bakti. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini. Semoga segala aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam usaha memartabatkan aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar di Kumpulan FGV. C
FGV

Latest Events

  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...
  • SAJI Diiktiraf Jenama Terunggul Teratas dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada Tahun 2022

    SAJI, jenama produk makanan tempatan keluaran F...
  • Program Bubur Lambuk Warisan RASA X SAJI 2023

    Pada 1 April 2023, Nu Ideaktiv Sdn Bhd melalui ...
  • Kolaborasi Istimewa SAJI X KPJ Healthcare Berhad Sempena Program Kasih Ramadan

    Dalam semangat inisiatif Kasih Ramadan di bulan...
  • SAJI lancar kempen “SAJI Sentiasa Di Sisi” berserta sumbangan SAJI Seikhlas Hati

    Isnin, 20 Mac 2023 – FGV Holdings Berhad ...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • Saji
  • Adela
  • Seri Pelangi
  • Tiga Udang
  • Premeo
  • Others

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

  • SAJI Diiktiraf Jenama Terunggul Teratas dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada Tahun 2022

  • Program Bubur Lambuk Warisan RASA X SAJI 2023

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2023 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP
SERTAI SEKARANG