Pada 1 Jun yang lalu, FGV telah mengadakan Program Boss Belanja Bubur Lambuk kepada semua warga kerja FGV dan juga FELDA yang bertugas di Menara FELDA dan Balai FELDA. Sebanyak lapan buah periuk telah disediakan untuk memasak bubur lambuk ayam dan daging yang boleh menyediakan lebih 2,000 bungkus. Kos membuat bubur lambuk ini adalah hasil sumbangan daripada pengurusan kanan kumpulan FGV.
Lebih kurang 100 orang sukarelawan daripada pelbagai Jabatan telah membantu untuk memasak
dan membungkus bubur lambuk sejak dari awal pagi lagi. Sesi agihan dibuat pada pukul 2.30 petang sejurus selepas solat Jumaat dan mendapat sambutan yang sangat hebat daripada kalangan warga kerja yang membawa pulang bungkusan agihan untuk dijamah bersama-sama ahli keluarga untuk berbuka puasa.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga diharap agar dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.C