© 2025 All rights reserved. DOPSB

DOPSB - Delima Oil Products Sdn Bhd

QUESTIONS? CONTACT US
  • Home
  • 🔴 Highlights
    • SAJI Miles For Smiles
      Fun Run & Walk
      New
    • Citarasa Malaysia
    • Events
    • Recipes
    • Promotions
  • Corporate Profile
    • Overview
    • Vision & Mission
    • Accreditation
  • Our Business
    • Consumer
    • Industrial Pack Products
    • International
    • Bulk Palm Oil Trading
  • Brand
    • SAJI
    • ADELA
    • SERI PELANGI
    • TIGA UDANG
    • PREMEO
    • ALLEGRO
Avatar
DOPSB
Sunday, 03 August 2025 / Published in Events, Promotions

Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025

Pada 3 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Produk Baharu SAJI & SERI PELANGI di Festival FGV 2025 anjuran FGV Holdings Berhad (FGV) bersempena Hari Peneroka FELDA 2025 yang bertempat di MITEC, Kuala Lumpur. Majlis yang penuh meriah ini dirasmikan oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Berhad, bersama Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, FGV Holdings Berhad dan Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif, Delima Oil Products Sdn Bhd. SAJI memperkenalkan tiga rangkaian produk baharu yang bakal melengkapi keperluan dapur harian, iaitu SAJI Minyak Masak Sebatian, SAJI Bihun dan SAJI Kerisik Kelapa.

Bagi kategori minyak masak, SAJI meluaskan variasi pilihan pengguna dengan menawarkan SAJI Minyak Masak Sebatian (terdapat dalam 3 pek saiz, 1kg, 2kg dan 5kg) iaitu minyak kelapa sawit dengan campuran minyak kacang tanah dan minyak bijan yang menaikkan aroma dan rasa untuk setiap hidangan. Ianya sesuai untuk menggoreng, menumis dan pelbagai lagi kegunaan masakan.

SAJI Bihun merupakan produk baharu yang menjadi taruhan SAJI yang diperbuat daripada sumber berasaskan beras dengan tiada tambahan bahan kanji. Teksturnya tidak mudah putus, bebas bahan pengawet, tanpa pewarna tambahan serta bebas gluten. Uniknya SAJI Bihun ini telah dipra-bahagi kepada 50g setiap bahagian membolehkan pengguna memasak dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Ringkas, mudah, dan  menjimatkan masa.

Bukan itu sahaja, SAJI Kerisik Kelapa juga diperkenalkan dengan dua pek saiz yang berbeza iaitu 40g dan 100g. Ianya bebas kolesterol, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan perisa tambahan dan tanpa minyak tambahan. SAJI Kerisik Kelapa memberikan rasa tradisi yang asli dan pastinya menaikkan seri masakan.

SERI PELANGI Marjerin juga melancarkan pek saiz baharu iaitu 200g dengan mengekalkan aroma wangi mentega. Ianya kaya dengan vitamin E, bebas kolesterol dan pengganti mentega terbaik. Dengan pek size kecil ini, ianya cukup untuk resepi harian, mudah disimpan dan dibawa.

Terdapat beberapa aktiviti menarik dijalankan semasa majlis ini berlangsung, seperti produk sampel makanan yang dimasak menggunakan produk-produk baharu SAJI, jualan harga promosi yang terhad kepada 100 orang yang terawal dan hadiah misteri kepada yang bertuah.

Tagged under: SAJI Bihun, SAJI Kerisik Kelapa, SAJI Minyak Masak Sebatian, SERI PELANGI Marjerin

Latest Events

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

    Pada 17/3/2024, telah berlangsungnya Majlis Pel...
  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

    Kuala Lumpur, 9 Mac 2024 – Minyak Sawit Mampan ...
  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

    Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah melan...
  • Majlis Penyempurnaan Projek “Initiative for Community Empowerment” (ICE)

    Pada 19 Ogos 2023, telah berlangsungnya Majlis ...
  • SAJI Diiktiraf Jenama Terunggul Teratas dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada Tahun 2022

    SAJI, jenama produk makanan tempatan keluaran F...

OVERVIEW

Success will never be earned without hard work, which aptly defines the inspiring journey of Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB). We kickstarted our corporate dream back in 2000 with our maiden foray into a challenging FMCG sector. Read More…

BRAND

  • SAJI
  • ADELA
  • SERI PELANGI
  • TIGA UDANG
  • PREMEO
  • ALLEGRO

OUR BUSINESS

  • Consumer
  • Industrial Pack Products
  • International
  • Bulk Palm Oil Trading

LATEST NEWS

  • Majlis Pelancaran Bazar Ramadan SAJI & SERI PELANGI di Kampong Bharu

  • Majlis MOU FGV Dengan MSPO & Pelancaran Label Minyak Masak SAJI Baharu Dengan Logo MSPO

  • Majlis Pelancaran Produk Baharu & Kempen SAJI Ramadan Raya 2024

GET IN TOUCH

DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD 23120H

Level 3A, Wisma FGV Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur, Malaysia.

Consumer Careline:
WhatsApp : 
+6012 385 0505
(Operating Hours 8.30am – 5.30pm) Monday to Friday

Email:
Customer feedback & inquiry: careline@fgvholdings.com

  • GET SOCIAL

© 2024 All rights reserved. Delima Oil Products Sdn. Bhd.

TOP
SERTAI SEKARANG