Kongsi Rezeki Seikhlas Hati

saji_krsh_a4poster-01

Klik ikon ini untuk join. Terima Kasih

TERMA DAN SYARAT
A: Syarat Kelayakan

1. Penganjur: Delima Oil Products Sdn Bhd, anak syarikat FGV Holdings Berhad

2. Program: “Kongsi Rezeki Seikhlas Hati”

3. Tempoh Program: Program bermula dari jam 00:00:00 pada 24 April 2020 dan berakhir jam 23:59:59 pada 30 Mei 2020.

4. Kelayakan
Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Program.

5. Kaedah Penyertaan
a) Untuk menyertai Program ini, beli mana-mana produk FGV yang turut serta (“Produk”) dalam satu resit bercetak dalam Tempoh Peraduan.
ATAU
Hantarkan gambar swafoto (selfie) anda bersama produk keluaran FGV

b) Untuk setiap penyertaan yang dikemukakan, anda mesti melampirkan Resit asal sebagai bukti pembelian [“BP”]. Penyertaan dalam Program ini adalah melalui WhatsApp sahaja. Semua penyertaan dalam bentuk lain akan dibatalkan. Setiap BP HANYA layak untuk satu [1] penyertaan melalui WhatsApp. Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan melalui WhatsApp yang disertakan dengan BP berulang dan/atau mengandungi lebih daripada satu [1] BP.

c) Tulis di bahagian hadapan BP nama penuh dan nombor Kad Pengenalan sah anda [“Butir Peribadi”] dan tangkap satu [1] gambar BP lengkap dengan Butir Peribadi, nama kedai, tarikh pembelian, produk yang dibeli dan jumlahnya.

d) Hantarkan gambar melalui WhatsApp ke 017-6428765. Penganjur TIDAK AKAN menghantar laporan perakuan untuk penyertaan melalui WhatsApp yang diterima.

e) Bagi setiap satu (1) pembelian produk FGV di dalam satu resit cetakan asal, satu (1) nombor siri akan diperuntukkan kepada penyertaan tersebut.

f) Tiada had jumlah penyertaan dengan pembelian yang sah sepanjang Tempoh Program.

6. Tarikh Tutup Penyertaan: Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:59 pada 30 Mei 2020.

7. Bantuan Kebajikan Utama:
a. Kit Ramadan bernilai RM7,500.00 x 4.
b. Bayaran tunai sebanyak Lima Ribu Ringgit (RM5,000.00) x 4 akan disalurkan ke dalam akaun badan kebajikan yang akan diberitahu oleh penganjur melalui hebahan media sosial.
c. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak Lima Puluh Ribu Ringgit (RM50,000.00).

8. Badan Kebajikan yang terpilih adalah:
a) Mercy Malaysia
b) Yayasan Chow Kit
c) Yayasan Felda
d) TABUNG KSSKA – BAKAT ATM

9. Hadiah Penyertaan
a) 10 penyertaan yang bertuah secara rawak pada penghujung program ini akan memenangi RM500

10. Pemilihan Penyertaan
a) Peserta layak untuk memenangi maksimum satu hadiah sepanjang Tempoh Program;

b) Penganjur akan memperuntukkan nombor siri untuk setiap penyertaan sah yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sepanjang tempoh Promosi mengikut “Penyertaan-Penyertaan Layak ” yang dikemukakan (“Penyertaan Layak) . Satu set nombor siri akan di peruntukkan untuk Penyertaan Layak bermula dari nombor siri “1”.

c) Para pemenang yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Program dibahagikan dengan 10.5. Sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 2,101 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 200. Maka penyertaan layak ke-200, ke-400, ke-600 dan seterusnya akan disenarai pendekkan dan layak memenangi hadiah setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-200 adalah penyertaan layak ke-199.

d) Penganjur akan menghubungi semua Finalis menerusi nombor hubungan/mudah alih yang diterima oleh Penganjur dalam Penyertaan Layak. Setiap Finalis terpilih akan diberikan satu [1] soalan untuk dijawab. Finalis terpilih perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh Penganjur dengan betul untuk memenangi Hadiah. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Finalis terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab.

e) Sekiranya Peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih Peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan Peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

f) Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar semua BP (resit pembelian asal) dan salinan Kad Pengenalan melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (7) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan. Sekiranya gagal, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang kos penghantaran yang dikenakan ke atas pemenang. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap Peserta untuk kehilangan atau kerosakan dalam proses penghantaran BP.

g) Penganjur akan menghubungi semua Finalis menerusi nombor hubungan/mudah alih yang diterima oleh Penganjur dalam Penyertaan Layak. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Finalis terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab.

h) Pihak Penganjur mengekalkan hak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya sekiranya hadiah asal yang ditawarkan tidak tersedia.

11. Penyertaan
Senarai Peserta yang sah akan diumumkan di laman web Facebook https://www.facebook.com/SajiMalaysiaOfficial/

 

B: Syarat Kemasukan

1. Pengenalan
a. Syarat Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama dengan jadual kemasukan. Jika ada ketidakselarasan antara Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan, maka Jadual Kemasukan akan diguna pakai. Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan secara kolektif dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap istilah yang tidak dinyatakan sebaliknya di sini hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kemasukan. Istilah yang ditetapkan akan digunakan secara tunggal atau majmuk seperti mana yang berkenaan.

b. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa notis terlebih dahulu, dan tanpa apa-apa tanggungan kepada mana-mana orang, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Program, membuat penggantian bantuan kebajikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Program dalam keseluruhannya atau sebahagiannya.

c. Sekiranya terdapat perubahan pada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Program ini akan menjadi penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (seperti yang telah diubah).

d. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan selepas itu.

2. Hilang kelayakan
a. Penyertaan berikut akan hilang kelayakan:
1) penyertaan tidak jelas, tidak lengkap, salinan tidak dapat dibaca atau tidak betul; dan/atau
2) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan.
b. Di samping itu, Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
1) telah atau cuba untuk melemahkan operasi Program melalui penipuan dan/atau
2) tidak layak atau tidak dapat memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Program untuk pengesahan oleh Penganjur apabila diminta.

3. Publisiti
Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tanpa batasan, foto, lukisan, teks, dan apa-apa kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Program (secara kolektif “Bahan”), dan nama Peserta, dan/atau yang sama, untuk pengiklanan, publisiti dan promosi apa-apa barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada perkara ini jika diminta oleh Penganjur.

4. Hak Harta Intelek
a. Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa kandungan dan/atau bahan-bahan yang dikemukakan, dibuat atau diwujudkan oleh Peserta berkaitan dengan Program dan apa-apa karya derivatif yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat terletak hak, ditugaskan dan dimiliki oleh Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan dan mengubahsuai bahan atau kerja sedemikian dengan cara yang difikirkannya sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan semua hak yang terhadap bahan atau kerja tersebut.

5. Pampasan
Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi, melepaskan dan memelihara Penganjur, syarikat induk, anak syarikat atau syarikat berkaitan yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 , pengarah, pegawai, pekerja, ejen, penaja dan/atau wakil terhadap mana-mana dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan ganti rugi (termasuk ganti rugi khas, tidak langsung dan berbangkit) yang timbul daripada atau berlaku akibat penyertaan Peserta dalam Program, penerimaan sebarang bantuan kebaikan, dan/atau penggunaan Peserta kemasukan dan/atau kesamaan berkaitan dengan Program atau pelanggaran Terma dan Syarat.

6. Batasan Liabiliti
a. Penyertaan Peserta dalam Program adalah atas risiko Peserta sendiri.
b. Penganjur, Delima Oil Products Sdn Bhd, para pengarah, pegawai, pekerja, agensi, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Peserta untuk kehilangan atau kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi tidak langsung atau berbangkit, atau kecederaan individu yang ditanggung atau dialami oleh Peserta berikutan penglibatan Peserta dalam Program.

7. Umum
a. Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa kewajipan berkenaan dengan Program dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi kepada Peserta dalam apa jua cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.
b. Mana-mana nama, tanda dagangan atau logo yang digunakan dan atau diterbitkan semula dalam apa-apa bahan (termasuk bahan pemasaran dan promosi) berkaitan dengan Program ini adalah hak milik pemilik masing- masing. Program dan Penganjur adalah tidak mempunyai afiliasi, sokongan atau tajaan, dengan mana-mana pemilik, kecuali sekiranya dimaklumkan, dan pemilik-pemilik bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat Penganjur.
c. Peserta tidak berhak menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan keseluruhan atau mana-mana bahagian haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang ditentukan oleh Penganjur.
d. Ketidaksahihan, ketidaksahan atau kegagalan kuatkuasa apa-apa istilah di bawah ini tidak akan menjejaskan keseluruhan Terma dan Syarat Program.
e. Terma dan Syarat untuk Program ini disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja.
f. Terma dan Syarat Penyertaan hendaklah ditafsirkan, ditadbir dan diterjemahkan mengikut undang-undang Malaysia.

8. Notis Privasi
a. Dengan menyertai Kongsi Rezeki Seikhlas Hati, anda telah bersetuju untuk Delima Oil Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami”) memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam aplikasi Whatsapp bagi tujuan Kongsi Rezeki Seikhlas Hati . Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
b. Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, sampel, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.
c. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
d. Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini.
e. Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
f. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Kongsi Rezeki Seikhlas Hati dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.