Jom! Sertai sekarang & menangi hadiah-hadiah bernilai RM24,000

SYARAT & PERATURAN PERADUAN

Delima Oil Products Sdn. Bhd. (23120-H).

PERADUAN BELI & MENANG “DAPUR IMPIANKU”

Peraduan ini akan bermula dari 15/03/2019 pada “12:30” hingga 28/04/2019 pada “23:59”.

Peraduan ini dibuka kepada semua residen Malaysia, berumur 18 tahun ke-atas dan bermastautin di Semenanjung Malaysia dengan MyKad yang sah.

Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

A. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [ibu bapa, anak-anak, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau

B. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan, syarikat penaja hadiah-hadiah dan / atau Peraduan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [ibu bapa, anak-anak, adik-beradik, termasuk suami/isteri];

A. Untuk menyertai Peraduan ini, beli mana-mana produk keluaran FGV yang terpilih (Saji, Adela, Sunbear, Seri Pelangi dan Tiara) (sekurang-kurangnya RM30.00 dari mana-mana kedai di dalam satu (1) resit rasmi yang bertarikh di dalam Tempoh Peraduan [“Resit Rasmi”].

B. Senarai produk terlibat bersama dengan syarat penyertaan tertera boleh dimuat turun di https://fgvdelima.com/contest/dapurimpianku/. Setiap penyertaan mesti disertai dengan Resit Rasmi sebagai bukti pembelian. Resit boleh datang dalam bentuk e-resit untuk pembelian dalam talian, dan/atau resit dicetak dari sistem Point of Sale atau resit bertulis rasmi. Setiap resit mesti mempunyai nama dan/atau logo peruncit di mana pembelian dibuat.

C. Terdapat satu (1) kaedah penyertaan dalam peraduan ini iaitu melalui WhatsApp sahaja. Pernyertaan selain daripada WhatsApp seperti Facebook Messenger, Instagram, E-mail dan sebagainya akan dibatalkan.

D. Setiap bukti pembelian bernilai minimum RM30 sah untuk satu (1) penyertaan SAHAJA. Jika resit tersebut bernilai RM60, ia akan dikira sebagai (2) penyertaan.

E. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian dan gambar kreatif anda didapur.

F. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dengan bukti pembelian yang diserahkan berulangkali dan/ atau diduplikasi.

G. Peserta dikehendaki menaip butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad, ambil gambar kreatif di dapur dan ambil gambar Resit Rasmi.

H. Hantarkan gambar resit, grambar kreatif dan butiran tersebut melalui WhatsApp ke 018-6676 293. Penganjur tidak akan memberi sebarang pengiktirafan mengesahkan penerimaan penyertaan melalui WhatsApp, kecuali kepada pemenang.

I. Peserta MESTI menyimpan Resit Rasmi asal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan Resit Rasmi apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta.

J. Setiap penyertaan hendaklah tertakluk kepada pengesahan oleh Penganjur. Sekiranya butiran tidak sah seperti yang ditentukan oleh budi bicara pihak Penganjur, penyertaan akan dibatalkan.

Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur selewat-lewatnya jam 23:59 pada 28/04/2019. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

A. Dua Puluh [20] Hadiah Saguhati berupa voucher untuk pembelian Peralatan Dapur bernilai RM300.

B. Sepuluh [10] Hadiah Pertama berupa voucher untuk pembelian Peralatan Dapur & Elektrik bernilai RM800.

C. Satu [1] Hadiah Utama berupa sebuah pakej renovasi dapur bernilai RM10,000.

A. Dalam proses penentuan pemenang, Penganjur akan memperuntukkan satu [1] nombor bersiri ke setiap penyertaan sah yang diterima sepanjang tempoh peraduan. Nombor bersiri akan bermula dari “S0001’.

B. Setiap penyertaan yang sah akan ditabulasikan mengikut nombor bersiri yang diberi untuk mendapatkan jumlah peryertaan yang sah. Katakan jumlah penyertaan yang sah ialah 1200, Penganjur akan mengira dan memilih finalis untuk memenangi hadiah seperti berikut:

Pemilihan lima puluh (50) finalis : 1200 ÷ 50 = 24. Berikut adalah contoh 50 orang peserta yang disenarai pendek kan dengan penyertaan yang sah dengan nombor yang bersiri 24, 48, 72, 96, 120 dan seterusnya (Contoh perhitungan: 24, 24+24 = 48, 48 + 24 = 72…).

C. Setiap 50 finalis ini akan diadili berdasarkan:
– Kreativiti gambar (60%)
– Jumlah produk yang dipaparkan (40%)

D. Senarai akhir 31 orang pemenang akan dipilih daripada jumlah 50 orang finalis. Pihak penganjur akan menentukan siapa yang berhak mendapat hadiah Utama, Pertama & Saguhati berdasarkan kriteria di ‘C’.

A. Setiap finalis hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sahaja sepanjang tempoh peraduan.

B. Kesemua hadiah akan dikeluarkan kepada pemenang yang dibuat atas nama Pemenang seperti tertera di dalam MyKad dalam tempoh tidak lewat dari 30 hari bekerja dari pengesahan nama dan butiran yang betul yang disediakan oleh pemenang.

C. Pemenang Hadiah Utama akan dihubungi oleh pihak FGV untuk urusan pemberian hadiah dalam masa 14 hari bekerja.

SENARAI PENYERTAAN PRODUK DELIMA OIL SDN BHD (ANAK SYARIKAT FGV HOLDINGS BHD).

  • Minyak Masak SAJI 1kg, 2kg & 5kg
  • Krimer Manis Pekat SAJI 500g
  • Krimer Sejat Cair SAJI 390g
  • Krimer Manis Teh Tarik SAJI 500g
  • Krimer Manis Tembikai Susu SAJI 380g
  • Krimer Manis Coklat SAJI 380g
  • Krimer Manis Jagung SAJI 380g
  • Krimer Manis Bandung SAJI 380g
  • Sos Tiram SAJI 340g & 510g
  • Kicap Lemak Manis SAJI 330ml
  • Kicap Lemak Masin SAJI 330ml
  • Sos Cili SAJI 340g & 510g
  • Sos Tomato SAJI 340g & 510g
  • SAJI Mayo 230ml, 470ml, 1L & 3L
  • SAJI Mi (Ayam Kampung, Kari, & Soto Asli) 75g
  • SAJI Mi Goreng 80g
  • Garam Gunung SAJI 400g
  • ADELA Canola Oil 1kg, 2kg & 3kg
  • ADELA Sunflower Soft Oil 1kg, 2kg & 3kg
  • ADELA Blended Soft Oil 1kg, 2kg & 3kg
  • Marjerin ADELA 240g, 480g, 1kg & 2.5kg
  • Vanaspati ADELA 240g, 480g, 1kg
  • Marjerin SERI PELANGI 500g & 1kg
  • Mentega Kacang Kasar SUNBEAR 340g & 500g
  • Mentega Kacang Halus SUNBEAR 340g & 500g
  • Mentega Kacang Strawberry/Blueberry/Coklat SUNBEAR 340g & 510g
  • Lepa Coklat SUNBEAR 340g & 500g
  • Minyak Masak TIARA 1kg & 5kg

Jadual Kemasukan hendaklah dibaca bersama Syarat Kemasukan yang boleh didapati di [https://fgvdelima.com/contest/dapurimpianku/], secara kolektif “Terma dan Syarat” dan akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selanjutnya ini dirujuk sebagai “Peserta-peserta”, “Peserta”, “Anda”, “anda”).

Dengan menyertai Promosi, anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan pemprosesan maklumat peribadi anda yang terdapat dalam Privasi Polisi di: [http://www.fgvholdings.com/general-information/terms-of-use/].

Hubungi Perkhidmatan Pengguna : delimacusservice@fgvdelima.com

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Syarat Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama dengan Jadual Kemasukan. Jika ada ketidakselarasan antara Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan, maka Jadual Kemasukan akan diguna pakai. Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan secara kolektif dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap istilah yang tidak dinyatakan sebaliknya di sini hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kemasukan. Istilah yang ditetapkan akan digunakan secara tunggal atau majmuk seperti mana yang berkenaan.

Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa notis terlebih dahulu, dan tanpa apa- apa tanggungan kepada mana-mana orang, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Kempen, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dalam keseluruhannya atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat perubahan pada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Kempen ini akan menjadi penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (seperti yang telah diubah).

Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen termasuk penghakiman dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan selepas itu.

Dengan mengemukakan penyertaan untuk Kempen, Peserta disifatkan telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat.

Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Kempen, termasuk tanpa batasan, telekomunikasi, rangkaian, Perkhidmatan Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain dan belanja luar yang mungkin ditanggung oleh Peserta semasa atau berkaitan dengan Kempen akan ditanggung oleh Peserta sepenuhnya.

Bukti penyerahan bukanlah bukti penerimaan dan Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan, hilang, rosak dan/atau tidak menerima penyerahan. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Berkenaan dengan umur kelayakan iaitu lapan belas tahun (18) yang ditetapkan dalam Jadual Syarat Kemasukan, golongan bawah umur 18 tahun mesti mendapat persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sah sebelum memberikan maklumat peribadi dan menyertai peraduan ini.

Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Kempen termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sah dalam kes Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.

Kumpulan berikut tidak layak menyertai kempen:

A. Kakitangan Penganjur dan kumpulan syarikat dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka); dan

B. Pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Kempen dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).

Penyertaan berikut akan hilang kelayakan:

– Penyertaan tidak jelas, tidak lengkap, salinan tidak dapat dibaca atau tidak betul; dan/atau
– Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan.

Di samping itu, Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
– Telah atau cuba untuk melemahkan operasi Kempen melalui penipuan dan/atau
– Tidak layak atau tidak dapat memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Kempen untuk pengesahan oleh Penganjur apabila diminta.

Sekiranya berlaku kehilangan kelayakan selepas Hadiah telah dianugerahkan, pihak Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilai yang sama dgn nilai hadiah daripada Peserta yang tidak layak.

Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta yang gagal menerima Hadiah mengikut Tarikh Tuntutan / Penyerahan Hadiah dalam apa jua keadaan. Penganjur berhak untuk memutuskan berkenaan Hadiah yang tidak ditebus.

Hadiah tidak boleh dipindahkan, ditukarkan atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk atau cara lain selain yang dinyatakan oleh Penganjur.

Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Kemasukan berhubung dengan Hadiah adalah menjadi tanggungjawab Peserta.

Semua Hadiah perlu diambil mengikut terma dan syarat Penganjur, ejen, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.

Jika perjalanan ditawarkan sebagai Hadiah, penerbangan dan penginapan adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan. Hadiah mesti diambil mengikut tarikh dan destinasi yang ditentukan oleh Penganjur, ejen atau penaja. Wang perbelanjaan tambahan, makanan, cukai, pasport sah, visa, pengangkutan ke & dari tempat berlepas tambahan pemindahan, insurans & semua kos sampingan lain yang dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Kemasukan adalah tanggungjawab Pemenang.

Hadiah diberikan berdasarkan “sebagaimana ia”. Hadiah itu akan digunakan/diambil sepenuhnya pada risiko Peserta dan Penganjur mengecualikan sebarang waranti dan liabiliti yang berkaitan dengan Hadiah sehingga setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Hadiah mesti dituntut secara sendiri kecuali Penganjur menetapkan mod tuntutan lain.

Jika Peserta itu di bawah umur lapan belas tahun (18) dan diisytiharkan sebagai Pemenang, Perserta itu mesti disertai oleh ibubapa/penjaga sah semasa penyampaian Hadiah.

Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tanpa batasan, foto, lukisan, teks, dan apa-apa kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Kempen (secara kolektif “Bahan”), dan nama Peserta, dan/atau yang sama, untuk pengiklanan, publisiti dan promosi apa-apa barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada perkara ini jika diminta oleh Penganjur.

Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa kandungan dan/atau bahan- bahan yang dikemukakan, dibuat atau diwujudkan oleh Peserta berkaitan dengan Kempen dan apa-apa karya derivatif yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat terletak hak, ditugaskan dan dimiliki oleh Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan dan mengubahsuai bahan atau kerja sedemikian dengan cara yang difikirkannya sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan semua hak yang terhadap bahan atau kerja tersebut.

Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi, melepaskan dan memelihara Penganjur, syarikat induk, anak syarikat atau syarikat berkaitan yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan FGV Holdings”), pengarah, pegawai, pekerja, ejen, penaja dan/atau wakil terhadap mana-mana dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan ganti rugi (termasuk ganti rugi khas, tidak langsung dan berbangkit) yang timbul daripada atau berlaku akibat penyertaan Peserta dalam Kempen, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan Peserta kemasukan dan/atau kesamaan berkaitan dengan Kempen atau pelanggaran Terma dan Syarat.

Penyertaan Peserta dalam Kempen adalah diatas risiko Peserta sendiri.

Penganjur, Kumpulan FGV Holdings, para pengarah, pegawai, pekerja, agen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Peserta untuk kehilangan atau kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi tidak langsung atau berbangkit, atau kecederaan individu yang ditanggung atau dialami oleh Peserta berikutan penglibatan Peserta dalam Kempen, termasuk penebusan dan/atau penggunaan Hadiah yang dimenangi.

Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa kewajipan berkenaan dengan Kempen dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi kepada Peserta dalam apa jua cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.

Mana-mana nama, tanda dagangan atau logo yang digunakan dan atau diterbitkan semula dalam apa-apa bahan (termasuk bahan pemasaran dan promosi) berkaitan dengan Kempen ini, khususnya yang berkaitan dengan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Kempen dan Penganjur adalah tidak mempunyai afiliasi, sokongan atau tajaan, dengan mana-mana pemilik, kecuali sekiranya dimaklumkan, dan pemilik-pemilik bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat Penganjur.

Peserta tidak berhak menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan keseluruhan atau mana-mana bahagian haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang ditentukan oleh Penganjur.

Ketidaksahihan, ketidaksahan atau kegagalan kuatkuasa apa-apa istilah di bawah ini tidak akan menjejaskan keseluruhan Terma dan Syarat Kempen.

Terma dan Syarat untuk Kempen ini turut disediakan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Terma dan Syarat Peraduan hendaklah ditafsirkan, ditadbir dan diterjemahkan mengikut undang-undang Malaysia.

Dengan menyertai Peraduan ini , anda telah bersetuju Delima Oil Products Sdn Bhd. dan mana- mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan FGV Holdings”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen- ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberi sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “Kami”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan bagi tujuan Peraduan ini. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

Penganjur juga boleh mengambil maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan Penebusan mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa Penebusan, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekirannya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.

Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk penyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini.

Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara.

Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.

Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat :
Wisma FGV, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur, Malaysia.
Borang web: https://www.fgvdelima.com
atau
hubungi kami:1-800-88-3433.

Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Kempen Peraduan Dapur Impianku, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.