Skip Ribbon Commands
Skip to main content

:

Delima Oil diterima baik di Myanmar

Contact Us | Internal
 
 
Delima Oil diterima baik di Myanmar
YANGON 1 Okt.
​Produk-produk berasaskan minyak sawit Felda Holdings Bhd. (Felda), Delima Oil diterima baik di Myanmar dalam tempoh setahun perjanjian pengedarannya di antara Delima Oil Products Sdn. Bhd. (Delima Oil) dengan syarikat tempatan di negara tersebut.
 
Kerjasama dengan Grand Wynn Enterprises membolehkan produk-produk jenama Delima Oil diedarkan di seluruh ibu kota Myanmar, Yangon.
 
Felda dalam kenyataan di sini menyatakan, produk-produk tersebut ialah marjerin perindustrian Adela, lelemak Marina dan minyak masak Saji.
 
"Kesemua produk tersebut diterima dengan baik dan pantas menjadi jenama keperluan isi rumah di Myanmar,'' kata kenyataan tersebut.
 
Berikutan sambutan yang baik itu, Delima Oil telah mengumumkan satu lagi majlis menandatangani perjanjian pengedaran dengan Grand Wynn Enterprises (Grand Wynn).
 
Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd., Datuk Sabri Ahmad berkata, pihaknya bertuah kerana produk-produk Delima Oil telah menjadi produk yang berpotensi laris di pasaran Myanmar pada waktu ini.
 
Katanya, permintaan tinggi oleh para pengguna di Myanmar telah mendorong syarikat untuk meluaskan lagi pasaran dengan penawaran lebih banyak produk di bawah Delima Oil.
 
"Melalui perjanjian pengedaran terbaru, para pengguna di Myanmar akan dapat menikmati produk baharu dan terkini seperti roti SunBear yang laris dan terkenal,'' katanya.
 
Pengedaran produk Delima Oil berjaya menembusi sebanyak 50 peratus pasaran runcit di Yangon dan disasar mencapai sehingga 100 peratus penembusan dalam tempoh terdekat.
 
Selain Yangon, produk-produk Delima Oil turut telah diagihkan di rantau Mandalay.
 
Produk-produk berkenaan dijangka mewujudkan satu rangkaian kukuh di Myanmar menjelang tahun depan.
 
Tambah Sabri, Delima Oil yakin dapat mencapai sasaran 30 peratus eksport dalam tempoh tiga tahun melalui usahasama yang kukuh dengan Grand Wynn.
Visitor: Web Counter